Privacy Policy
Notis Perlindungan Data Peribadi · Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) · Kemas kini: Julai 2026
1. Data yang kami proses
Bila anda guna StafHero, kami memproses: (a) maklumat akaun: nama, email, nombor telefon, Telegram user ID; (b) data bisnes yang anda hantar: gambar resit, voice note, dokumen, bank statement, maklumat client dan invoice; (c) maklumat pembayaran: diproses oleh Curlec (Razorpay Malaysia); kami tidak menyimpan nombor kad atau credential perbankan anda.
2. Kegunaan
Data digunakan untuk menyediakan servis: mengekstrak rekod transaksi, menjana laporan dan dokumen, sync ke Google Sheet anda, dan menghantar notifikasi servis. Kami tidak menjual data anda kepada pihak ketiga.
3. Pemprosesan AI
Kandungan yang anda hantar (resit, voice note, mesej) diproses oleh model AI pihak ketiga untuk tujuan ekstraksi dan bantuan. Kandungan ini tidak digunakan untuk melatih model tersebut mengikut terma API penyedia kami.
4. Di mana data disimpan
Rekod berstruktur disimpan dalam pangkalan data kami (Supabase) dan disync ke Google Sheet milik anda. Sheet itu kekal hak milik anda sepenuhnya. Anda boleh export atau putuskan akses bila-bila masa.
5. Apa yang kami TIDAK buat
Kami tidak akan meminta password perbankan anda. Kami tidak menyimpan credential bank. Kami tidak mengakses akaun bank anda. Bank statement hanya diproses bila anda sendiri upload.
6. Pengekalan & pemadaman
Jika anda berhenti melanggan, data anda dikekalkan (supaya anda boleh kembali) tetapi tidak diproses lagi. Anda boleh minta pemadaman penuh pada bila-bila masa. Email hello@stafhero.my dan kami padam dalam masa 30 hari.
7. Hak anda di bawah PDPA
Anda berhak mengakses, membetulkan, dan menghadkan pemprosesan data peribadi anda, serta menarik balik persetujuan. Hubungi kami di hello@stafhero.my.